Home Luar Negara GEMPA BUMI MAGNITUD 6.6 BERLAKU BERHAMPIRAN TONGA: USGS

GEMPA BUMI MAGNITUD 6.6 BERLAKU BERHAMPIRAN TONGA: USGS

127
0

WELLINGTON: Gempa bumi berukuran 6.6 pada skala Richter menggegarkan negara Pasifik Tonga pada hari ini, kata Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), tetapi tiada ancaman tsunami.

Gempa itu berlaku skitar jam 9.47 pagi waktu tempatan pada kedalaman kira-kira 112 kilometer (km), menurut USGS, dan berpusat di lautan kira-kira 198km di utara ibu negara Tonga, Nuku’alofa.

Tiada laporan segera mengenai kerosakan di Tonga kerana ia melanda berhampiran pulau Kao dan Tofua yang berpenduduk jarang, manakala Pusat Amaran Tsunami Pasifik berkata tiada ancaman tsunami daripada gempa bumi ini.

Penduduk tempatan, Mary Lyn Fonua, yang bekerja di Nuku’alofa, memberitahu AFP bangunan dua tingkat menempatkan pejabatnya bergoyang kuat selama beberapa saat.

“Kemudian kami berpindah ke tempat yang lebih tinggi, penduduk tempatan berasa gementar,” katanya.

Gempa bumi adalah perkara biasa di Tonga, sebuah kepulauan rendah yang menempatkan kira-kira 100,000 penduduk yang merentasi Lingkaran Api seismik.

Lingkaran Api ialah kawasan plet tektonik yang merentangi Asia Tenggara dan merentasi lembangan Pasifik. – AFP, BH Online-

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here