Home Buletin Semasa FAMA JUAL 27 TAN DURIAN SEMPENA JUALAN BUAH-BUAHAN BERMUSIM

FAMA JUAL 27 TAN DURIAN SEMPENA JUALAN BUAH-BUAHAN BERMUSIM

45
0

Oleh: Rahimi Hashim@IMedikel TV

KUANTAN: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pahang berjaya menjual lebih 27 tan durian dan tiga tan manggis di dua lokasi program jualan buah-buahan bermusim.

Masing-masing sembilan tan Musang King, durian klon dan kampung termasuk satu tan manggis dijual pada program pertama di perkarangan pejabat FAMA Pahang, kelmarin termasuk dua program di Pasar Tani KotaSAS, semalam.

Pengarah FAMA Pahang, Rashiha Mamat, berkata pihaknya mendapat bekalan durian dan manggis daripada pekebun di Jerantut dan Bentong yang terkenal dengan pengeluaran ‘raja buah’ yang berkualiti tinggi.

“Tahun ini pengeluaran durian di Pahang dijangka mencecah 37,128 tan membabitkan sebanyak kira-kira 24.75 juta biji dan duhasilkan lebih 309,400 pokok di kawasan kebun seluas 3,126 hektar. Selain pasaran tempatan ‘raja buat’ itu di eksport ke beberapa negara seperti Singapura dan China.

“Selain membantu memenuhi kehendak pengemar durian mendapatkan buah segar terus dari ladang pada harga berpatutan, program jualan buah-buahan bermusim turut membantu pekebun memasarkan hasil keluaran kebun mereka,”katanya dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata selain program jualan buah-buahan bermusim kita merancang untuk mengadakan jualan durian termasuk manggis di Pasar Tani Kekal Putrajaya termasuk Pusat Operasi FAMA di Jerantut, Kuantan, Lanchang, Cameron Highlands dan Bera pada tarikh ditetapkan.

“Kita turut menyediakan empat pusat belian di Jerantut terletak Kampung Lekok, Kg Damak, Kampung Sungai Par dan Kampung Kiol termasuk Kampung Telemong, Bentong,”katanya.

Beliau menambah, setakat ini FAMA Pahang telah membuat belian hampir 100 tan durian dengan nilai sebanyak RM430,000 dan dijangka aktiviti belian akan bertambah hingga penghujung musim ini.

“Keseluruhan belian dijangka mencecah 250 tan dengan nilai anggaran sebanyak RM900,000,”katanya.

Rashiha berkata, sempena program jualan buah-buahan bermusim pihaknya menjual durian pada harga antara RM3 hingga RM10 sekilogram (kg), ‘raja buah’ itu dibawah terus dari ladang dengan jaminah buah yang berkualiti tinggi.

“Mereka yang ingin mendapatkan Musang King durian klon dan kampung dengan jumlah yang banyak kita sedia membantu mendapatkan pekebun di Jerantut dan Bentong yang mampu membekalkan ‘raja buah’ itu.

“Pusat Operasi FAMA Jerantut kini hampir setiap hari menerima bekalan durian daripada beberapa pekebun yang kini tidak dapat memasarkan hasil keluaran kebun mereka yang banyak,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here