Home Hiburan ERNIE TAK KISAH SYAMEL MESRA DENGAN WANITA LAIN DALAM KLIP VIDEO

ERNIE TAK KISAH SYAMEL MESRA DENGAN WANITA LAIN DALAM KLIP VIDEO

46
0

KUALA LUMPUR: Ernie Zakri tidak melatah apabila aksi mesra suami, Syamel bersama seorang wanita dalam video muzik single Pertama jadi bualan hangat netizen.

Memetik laporan Berita Harian, Ernie berkata, sebagai selebriti, dia dan suami biasa berdepan pelbagai reaksi peminat dan kontroversi tercetus. Namun, dia tidak terkesan dengan isu berkenaan kerana yakin akan reda dengan sendirinya.

Ernie berkata, selepas kontroversi tercetus, dia dan Syamel mengambil pendekatan berbincang secara matang selain menjadikan perkara itu sebagai pengajaran untuk memperbaiki diri pada masa depan.

“Saya sebenarnya lebih kepada bersyukur. Selepas terima pelbagai maklum balas daripada peminat, kami duduk berbincang.

“Kami sedar selagi orang masih sayangkan Syamel, selagi itu, kami perlu kekalkan sikap seperti dahulu. Kami cuba elak perkara yang boleh menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan peminat.

“Saya dan Syamel sangat berterima kasih. Kami tak sangka rupa-rupanya ramai yang sayang dan ambil berat mengenai kami,” katanya ketika ditemui pada sesi eksklusif ‘content day’ filem seram Khadam di sini, semalam.

Ernie mengaku secara peribadi tidak mempunyai masalah dengan kontroversi aksi video klip Syamel kerana memahami tuntutan kerjaya suami sebagai anak seni.

“Pada saya, sebagai isteri saya okay. Sebagai penyanyi pun saya faham situasi itu.

“Syamel sangat telus dan rajin berkongsi aktiviti hariannya dengan saya. Dia selalu buat ‘live chat’ dan beritahu sedang menjalani penggambaran atau urusan kerja tertentu.

“Bagi saya, semuanya berbalik kepada komunikasi dalam rumah tangga,” katanya.

Ernie turut bersyukur apabila ramai peminat mendoakan yang terbaik buat rumah tangganya bersama Syamel. Namun, Ernie mengakui mereka tidak mampu memuaskan hati semua pihak.

Tambah Ernie, mereka juga tidak terlepas menerima komen serta doa yang kurang baik daripada segelintir individu di media sosial.

“Saya ada juga baca komen itu, tetapi, kita tak boleh halang orang daripada cakap bukan-bukan.

“Kadang-kadang kita pun tidak tahu sama ada mereka yang mendoakan perkara tidak baik itu waras atau sebaliknya. Takkanlah semudah itu seseorang mahu mendoakan keburukan terhadap sebuah keluarga.

“Apa-apapun, saya dan Syamel akan sentiasa bertanggungjawab terhadap setiap hantaran media sosial dan selepas ini kami mahu lebih fokus kepada kerjaya serta muzik,” katanya. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here