Home Buletin Semasa DUA TEKONG, 19 PATI DITAHAN

DUA TEKONG, 19 PATI DITAHAN

145
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Polis Gerakan Am (PGA) menahan 19 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dalam serbuan di sebuah hotel di Jalan Tok Guru, di sini, pada Khamis.

Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, dua lelaki masing-masing berumur 36 dan 54 tahun turut ditahan dalam Op Taring Wawasan kira-kira jam 4.00 pagi.

“Kami bertindak berdasarkan maklumat kegiatan pemerdagangan manusia dan penyeludupan PATI itu.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat lapan lelaki dan tujuh perempuan warganegara Indonesia, dua lelaki dan seorang perempuan warganegara Myanmar dan dua  lelaki warganegara India ditemui di lobi dan juga dalam bilik berasingan di hotel tersebut.

“Kesemua suspek gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri atau dokumen perjalanan masuk ke Malaysia yang sah kerana diseludup masuk ke Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan,”katanya dalam kenyataan.

Menurutnya dua buah kenderaan beserta dua unit telefon bimbit bernilai RM98,000 yang digunakan untuk kegiatan menyeludup turut dirampas.

PATI ditahan di bawah Sek 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 manakala dua suspek dipercayai tekong untuk menyeludup dan menguruskan semua suspek masuk ke negara ini ditahan di bawah Seksyen 26J Akta ATIPSOM 2007 dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu untuk tindakan selanjutnya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here