Home Buletin Semasa DUA LELAKI DIBERKAS TAK SAMPAI SEJAM SELEPAS SAMUN WANITA

DUA LELAKI DIBERKAS TAK SAMPAI SEJAM SELEPAS SAMUN WANITA

210
0

Ipoh, PERAK: Polis menahan dua lelaki tidak sampai sejam selepas mereka melakukan samun ke atas seorang wanita di hadapan sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Silibin, di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, berkata suspek, lelaki warga tempatan berusia 28 dan 32 itu ditahan sekitar jam 9 pagi semalam di Jalan Kuala Kangsar, di sini kira-kira 10 kilometer dari tempat kejadian.

“Hasil daripada tindakan pantas dan kepekaan anggota polis di lapangan, kedua-dua suspek yang disyaki terbabit kes ini berjaya ditahan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata, mangsa samun mengalami kerugian harta benda antaranya beg tangan, telefon bimbit, kad bank, wang tunai, dan dokumen peribadi dengan anggaran kerugian RM650.


Yahaya berkata, polis merampas beberapa barang kes, termasuk barangan milik mangsa dan kenderaan yang digunakan ketika kejadian.

Katanya, kedua-dua suspek itu turut didapati positif dadah jenis methamphetamine dan semakan rekod mendapati, masing-masing mempunyai 17 dan 11 rekod jenayah.

“Kedua-dua suspek akan diireman esok (hari ini) untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan iaitu kerana samun berkawan,” katanya.

Sumber: BH Online

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here