KUALA LUMPUR: Penyanyi juga penyampai radio, Dina Nadzir, 40, mendedikasikan kejayaan meraih anugerah Graduan Kelas Pertama program separuh masa Pace dari Universiti Utara Malaysia (UUM) buat bapanya, Allahyarham Mohd Nadzir Gulam Kadir.
Memetik laporan Harian Metro, terdahulu, Dina atau nama sebenarnya Faradina Mohd Nadzir menghadiri majlis graduasi yang berlangsung di UUM Sintok, Kedah hari ini sekali gus menerima anugerah itu.
Menerusi foto anugerah yang dimuatnaik di InstaStory miliknya, Dina berharap kejayaan itu secara tidak langsung dapat membanggakan arwah bapanya yang ingin dia menyambung pengajian ke peringkat ijazah.
“Abah… Sejak habis diploma, abah asyik tanya Ana, “Bila Ana nak sambung belajar? ‘I’ve complete my degree’ abah. ‘I hope you’re proud of me. I miss you everyday’,” tulisnya.
Sementara itu, pada hantaran lain di Instagram (IG) pula Dina memaklumkan anugerah Graduan Kelas Pertama itu bukan sekadar gelaran semata-mata baginya.
“Tapi simbol ketabahan, usaha dan semangat saya yang luar biasa. Semoga setiap langkah saya selepas ini terus dipenuhi kejayaan dan kebahagiaan,” tulisnya.
Menurut Dina, dalam kesibukan jadual kerjanya yang padat memanjang dia memang tidak pernah menjangkakan akan berjaya meraih anugerah Graduan Kelas Pertama berkenaan. – HMetro Online –
IMedikel TV






