KUALA LUMPUR: Pelakon Kamal Adli, 40, terus menarik perhatian netizen di media sosial dengan menyifatkannya sebagai bapa yang hebat terhadap anak perempuannya, Hawra Uqaira, 19 bulan.
Memetik laporan Harian Metro, Kamal yang berstatus bapa tunggal dalam hantaran video terbaharu dikongsi di Instagram (IG) memaparkan dia dan Hawra meluangkan masa bersama di sebuah pusat membeli-belah sehingga anaknya tertidur.
Ditambah dengan kapsyen yang menggambarkan Hawra bersama cinta pertama iaitu Kamal, bapa yang sangat menyayanginya hingga membuatkan netizen tersentuh hati.
“Her first love (cinta pertamanya), my love (sayangku),” tulis Kamal pada kapsyen ringkas yang disertakan dengan emoji hati berwarna merah dan emoji gembira.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen seronok melihat ikatan rapat antara bapa dan anak perempuan itu walaupun Hawra masih kecil dan belum memahami ibu bapa yang berpisah.
“Ayah yang sangat hebat.. ayah Kamal,” komen seorang netizen
“Tak boleh la tengok Kamal dan Hawra ni.. bila tengok terus jadi sebak,” tulis warganet.
“Ayahlah cinta pertama anak perempuan yang comel sampai bila-bila,” ujar pengguna media sosial.
“Kamal kena ada selalu dengan Hawra, setiap perkhabaran dia awak kena cepat berlari kepadanya dan dia akan tahu betapa awak menyayanginya,” kata seorang wargamaya.
Sebelum ini, Kamal memaklumkan dia tidak bertemu Hawra kira-kira dua minggu, namun sangat berterima kasih kepada bekas isteri, Uqasha Senrose kerana memberi kebenaran untuk mereka berjumpa.
Pada 11 Januari lalu, Kamal sah bercerai talak satu dengan Uqasha, 34, di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selepas empat tahun hidup bersama. – HMetro Online –
IMedikel TV






