Home Buletin Semasa BURUH DIPENJARA SETAHUN ENAM BULAN KHIANAT, REMPUH CERMIN BALAI POLIS HINGGA PECAH

BURUH DIPENJARA SETAHUN ENAM BULAN KHIANAT, REMPUH CERMIN BALAI POLIS HINGGA PECAH

Oleh: Afrizam Arif@IMedikel TV

KOTA BHARU: Seorang buruh dipenjara setahun enam bulan di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas kesalahan melakukan khianat dengan merempuh pintu hadapan cermin sliding sehingga pecah di balai polis dan menyebabkan kerugian RM200 di Balai Polis Ketereh, 16 Mei lalu.

Tertuduh, Nik Mohadi Ahmad, 39, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Rais Imran Hamid.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan khianat ke atas harta milik Balai Polis Ketereh dengan cara merempuh pintu hadapan cermin sliding kaunter aduan balai sehingga pecah dan menyebabkan kerugian RM200 di Ketereh pada jam 1.02 petang, pada 16 Mei lepas.

Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Naabil Mohamed Asri, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Ahmad Naabil memohon satu hukuman setimpal sebagai bentuk pengajaran kepada tertuduh kerana mengambil kira faktor kepentingan awam memandangkan kerosakan adalah terhadap harta benda kerajaan.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan terhadap tertuduh dari tarikh sabitan.

Terdahulu tertuduh sedang menjalani hukuman penjara di bawah seksyen sama bermula 7 Julai lalu hingga 22 April tahun hadapan.

Bagi kes baru, hukumannya berjalan berturutan selepas salesai hukuman pertama pada 23 April tahun depan selama 18 bulan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here