Home Sukan BUKAN APA YANG KAMI MAHUKAN – TEN HAG

BUKAN APA YANG KAMI MAHUKAN – TEN HAG

275
0

MANCHESTER, England: Manchester United berdepan risiko gagal layak ke pertandingan Eropah buat kali kedua sejak musim 1989-90.

Anak buah Erik ten Hag menghuni tangga kelapan Liga Perdana Inggeris, 32 mata di belakang Arsenal, selepas kekalahan 1-0 kepada The Gunners di Old Trafford awal pagi tadi menyaksikan kekalahan ke-19 mereka dalam semua pertandingan musim ini.

United sekurang-kurangnya sedikit meningkat berbanding ketika dibelasah 4-0 di Crystal Palace awal minggu lalu.

Ten Hag sekali lagi menyalahkan senarai kecederaan yang panjang menyebabkan pasukannya bergelut musim ini.

Kapten Bruno Fernandes, Marcus Rashford, Raphael Varane, Lisandro Martinez, Luke Shaw dan Harry Maguire antara yang tidak beraksi buat skuad United.

“Ia seperti cuba berenang dengan tangan anda diikat di belakang,” kata Ten Hag.

“Jika anda mahu meningkat sebagai satu pasukan, anda perlukan pemain cergas. Anda lihat dalam pasukan yang kami tentang hari ini.”

United, yang tidak pernah berakhir di tangga ketujuh dan ke bawah dalam era EPL, ketinggalan tiga mata di belakang Newcastle dan Chelsea dengan berbaki dua perlawanan.

Kegagalan untuk berakhir dalam kelompok tujuh teratas atau memenangi final Piala FA menentang Manchester City akan menyaksikan United terlepas aksi Eropah.

“Amat teruk (jika tidak layak ke Eropah) tetapi itulah situasi yang kami alami sekarang,” kata Ten Hag.

“Apabila anda analisis persembahan anda boleh lihat kami amat kompetitif.

“Bukan caranya yang kami mahukan, United mesti menang, selalu! Tetapi ketika ini sebagai satu kelab dan pasukan ini, dengan senarai kecederaan yang kami miliki, kami tidak berada dalam posisi itu.”

– AFP,BH Online –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here