Home Luar Negara BRUNEI KEKURANGAN HINGGA 1,000 JURURAWAT

BRUNEI KEKURANGAN HINGGA 1,000 JURURAWAT

135
0

BANDAR SERI BEGAWAN: Brunei berdepan isu kekurangan 800 hingga 1,000 jururawat, yang terbukti ketika pandemik COVID-19, kata Menteri Kesihatan, Mohd Isham.

Menurut media tempatan pada Ahad, Menteri Kesihatan berkata dunia mungkin menghadapi anggaran kekurangan 13 juta jururawat menjelang 2030 jika tiada tindakan dibuat sekarang.

Memetik laporan Xinhua, Mohd Isham berkata pandemik dan kekurangan pembiayaan yang sistematik hanyalah beberapa sebab utama yang menyebabkan kekurangan jururawat dan bidan.

“Ini mungkin kedengaran tidak dapat dibayangkan tetapi pada satu masa, kekurangan jururawat dan bidan adalah krisis lebih teruk daripada wabak itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata sejarah baru-baru ini menunjukkan jururawat dan bidan di Brunei mempunyai potensi melakukan di bawah tekanan. 

Sumber BH Online

Sumber AGENSI

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here