Home Buletin Semasa BILIK DARJAH SEKOLAH TERBAKAR

BILIK DARJAH SEKOLAH TERBAKAR

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Sebuah bilik darjah di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Peir Chih, Jalan Long Yunus, di sini dilaporkan terbakar pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu, Timbalan Penguasa Bomba II Zuzuki Safei berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 10.20 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira dua kilometer dari balai.

“Kebakaran melibatkan sebuah bilik darjah jenis bangunan kekal di tingkat tiga dengan anggaran keluasan 20×40 kaki.

“Sebaik bomba tiba, kebakaran dianggarkan telah merebak sebanyak 60 peratus dan tidak melibatkan sebarang mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, operasi pemadaman dijalankan oleh 17 anggota bomba dengan bantuan BBP Kota Darul Naim dan BBP Pengkalan Chepa.

Operasi berjaya dikawal pada jam 10.38 pagi sebelum ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.22 pagi.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here