Home Politik BERSATU PAHANG BINCANG BERSAMA BEBERAPA PARTI POLITIK BENTUK KERJASAMA HADAPI PRU16

BERSATU PAHANG BINCANG BERSAMA BEBERAPA PARTI POLITIK BENTUK KERJASAMA HADAPI PRU16

Oleh: Rahimi Hashim@IMedikel TV

KUANTAN: Parti BERSATU Pahang telah mengadakan perbincangan dengan beberapa parti politik di Pahang bagi menentukan rakan kerjasama politik pada Pilihan Raya Umum ke- 16 (PRU16) akan datang.

Pengerusi BERSATU Pahang, Mohd Yazid Mohd Yunus berkata, perbincangan berkenaan akan diteruskan dari semasa ke semasa dalam usaha mendapat kata putus yang terbaik.

Bagaimanapun, katanya BERSATU Pahang sentiasa berhubung rapat dengan pucuk pimpinan Tertinggi BERSATU dan akan menyerahkan segala keputusan dimuktamadkan oleh barisan kepimpinan tertinggi BERSATU dalam menentukan rakan kerjasama politik pada PRU16.

“Keadaan Politik di negara ini dan khususnya di Pahang begitu dinamik dan unik berbanding 10 tahun yang lalu kerana masih tiada lagi satu parti yang dominan dan boleh bergerak bersendirian tanpa rakan kerjasama.

“BERSATU Pahang amat yakin ahli Parti BERSATU, penyokong serta pengundi akan sentiasa menyokong dan memberi undi kepada calon yang akan bertanding diatas tiket parti BERSATU,” katanya.

Beliau berkata demikian ditemui selepas mengadakan ziarah prihatin penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Lepar di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini kelmarin.

Dua penduduk Taman Saujana Lepar Hilir Empat dan Felda Lepar Hilir Empat yang terbabit dengan kemalangan kini menerima rawatan di HTAA.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lepar menegaskan, beliau yakin pengundi DUN Lepar masih tetap setia dengan parti BERSATU yang sentiasa memberi perhatian terhadap pada rakyat tanpa mengira masa.

“Selaku wakil rakyat saya sentiasa berusaha membela nasib rakyat ketika senang dan susah, kepercayaan yang diberikan rakyat akan dibalas dengan sebaik mungkin,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here