Home Luar Negara BERGURAU TAK KENA TEMPAT! CAMPUR AIR MANI DALAM MINUMAN, MAJIKAN MAUT DIBUNUH...

BERGURAU TAK KENA TEMPAT! CAMPUR AIR MANI DALAM MINUMAN, MAJIKAN MAUT DIBUNUH PEKERJA

135
0

MEXICO: Seorang lelaki yang berang dengan gurauan dibuat bekas majikan bertindak menikam sehingga maut.

Campur air mani dalam minuman

Memetik laporan Daily Star, mangsa yang dikenali sebagai Edivan Alves Cavalcante, 49, didakwa mencampurkan air maninya ke dalam segelas air tebu sebelum diberikan kepada suspek yang merupakan pekerjanya ketika itu, Mauricio Roger Rodrigues Melo untuk diminum.

Walau bagaimanapun, Mauricio hanya mengetahui mengenai perkara tersebut dua tahun kemudian melalui rakan sekerjanya.

Berang dengan tindakan Edivan, Mauricio kemudiannya pergi ke syarikat di mana dia pernah berkerja untuk bertemu dengan bekas majikannya itu pada 2 Mei yang lalu.

Selepas berlaku sedikit pertengkaran, Mauricio bertindak menikam Edivan sebelum melarikan diri.

Dia kemudiannya berjaya ditahan pihak polis di sebuah kawasan hutan tidak jauh dari rumahnya dan kini dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan membunuh.

Sumber Daily Star

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here