Home Buletin Semasa BENDUNG PENYELUDUPAN DADAH DAN TEMBAKAU

BENDUNG PENYELUDUPAN DADAH DAN TEMBAKAU

KOTA BHARU: Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam membendung penyeludupan barangan terlarang termasuk dadah dan tembakau.

Timbalan Ketua Setiausaha (Perladangan dan Komoditi), Datuk Zailani Hashim, berkata kerjasama itu akan berkuatkuasa pada tahun ini.

“Menurut perbincangan bersama pengarah JPJ, ia melibatkan empat buah negeri sempadan Thailand seperti Perak, Kedah, Perlis dan Kelantan.

“Sekiranya sekatan yang dilakukan di pintu masuk empat buah negeri itu didapati kes penyeludupan dadah, mereka akan diserahkan kepada polis dan agensi yang berkaitan,” katanya ketika sidang media rampasan daun tembakau virginia di ibu pejabat LKTN, di sini, baru-baru ini.

Zailani berkata sebelum ini LKTN menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KASTAM), Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membendung aktiviti tersebut.

“Di samping itu, sekiranya ada kes penyeludupan tembakau di dalam kenderaan yang disekat, pihak kami akan menanganinya manakala masalah cukai yang tidak jelas, kita akan serahkan kepada Kastam,” ujarnya.

Jelas Zailani, pembahagian tugas itu ialah hasil kerjasama dan merupakan inisiatif terbaru LKTN bagi menjaga kesejahteraan dalam negara.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here