Home Buletin Semasa BAYI LELAKI BARU DILAHIRKAN DITEMUI DALAM RUMAH SEPARUH SIAP

BAYI LELAKI BARU DILAHIRKAN DITEMUI DALAM RUMAH SEPARUH SIAP

226
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah @ IMedikel TV

BACHOK: Seorang bayi lelaki ditemui tanpa pakaian dan hanya dibalut dengan sehelai kain hijau di dalam sebuah rumah yang masih dalam pembinaan, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pak Badol, Gunong, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamluddin berkata berdasarkan maklumat awal, kira-kira jam 8.45 pagi, Balai Polis Gunong menerima panggilan daripada pihak Klinik Kesihatan Mahligai yang memaklumkan mengenai penemuan seorang bayi oleh orang awam di lokasi berkenaan.

“Hasil siasatan awal mendapati, bayi berkenaan berjantina lelaki dan dipercayai baru dilahirkan ditemui tanpa berpakaian dan dibalut menggunakan sehelai kain berwarna hijau,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pemeriksaan awal oleh doktor mendapati tiada sebarang kecederaan fizikal, namun terdapat kesan kemerahan pada bahagian muka.

“Bayi tersebut dibawa ke Wad Nilam 2, Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) Kubang Kerian untuk pemeriksaan lanjut dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil,” katanya.

Tambahnya, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti individu yang bertanggungjawab dalam kejadian itu. Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Pihak polis turut menyeru mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan agar menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Nurul Aida Jaffar di talian 014-2714926 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here