JAKARTA: Hujan lebat pada malam Sabtu yang mencetuskan banjir kilat dan gelongsoran lumpur daripada lava sejuk yang mengalir dari Gunung Marapi, mengakibatkan 43 maut dan 15 lagi hilang di empat daerah di Sumatera Barat.
Daerah Agam paling teruk terjejas dengan 19 kematian, diikuti Daerah Tanah Datar (14), Padang Pariaman (lapan) dan Daerah Padang Panjang (dua).
Setakat 1 tengah hari Isnin waktu tempatan, 15 orang masih lagi hilang terutamanya di Tanah Datar dan Agam, menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.
Sekurang-kurangnya 1,159 orang di Agam dan 2,039 orang di Tanah Datar dipindahkan ke penempatan sementara untuk keselamatan mereka.
“Operasi dan menyelamat akan bersambung hari ini,” kata Jurucakap BNPB, Abdul Muhairi berkata, sambil menambah angka korban mungkin berubah dengan laporan diterima meningkat.
Penduduk di tepi sungai Gunung Marapi digesa berwaspada untuk gelombang kedua dan berpindah ke tempat selamat sekiranya perlu. – BERNAMA, HMetro Online –
IMEDIKEL TV






