Home Sukan AS SUKAR RAIH EMAS RENANG

AS SUKAR RAIH EMAS RENANG

154
0

PARIS: Amerika Syarikat (AS) meraih pingat Olimpik ke-3000 mereka selepas Regan Smith dan Katharine Berkoff memenangi perak dan gangsa dalam acara 100 meter (m) kuak lentang, awal pagi tadi.

Namun mereka masih bergelut untuk menaiki podium tertinggi di Arena La Defense Arena setakat ini.

Ketika AS meraih keseluruhan 3,000 pingat di Olimpik Musim Panas dan Musim Sejuk, tiada negara mampu mencapai walaupun separuh daripada catatan itu.

Tetapi di Sukan Olimpik Paris, perenang AS masih ketinggalan dalam carta perebutan emas dengan lima negara mengatasi mereka setakat ini.

Australia mengumpul empat emas di kolam renang dan walaupun AS membolot 15 pingat keseluruhan, mereka hanya mampu mengaut dua emas.

Kuartet 4x200m gaya bebas AS menduduki tangga kedua di belakang Britain manakala Bobby Finke meraih pingat final 800m gaya bebas.

“Saya rasa kami selalu menyasarkan emas, itu tahap AS,” kata perenang berganti-ganti Drew Kibler.

“Sangat istimewa berada di atas podium dan memang sangat sukar terlepas podium sejak beberapa tahun lalu. Tetapi kami selalu menyasarkan emas.”

Hampir 32 tahun lalu, David Berkoff menang 100m kuak lentang di Olimpik Barcelona dan kini anaknya Katharine mengikut jejak ayahnya dalam acara wanita di Paris.

Bapanya menang empat pingat Olimpik keseluruhan dan ketika Katharine yang berusia 23 tahun menang kali pertama, ia juga pingat ke-600 AS di kolam renang.

“Saya mengimpikan berada di Olimpik sepanjang hidup saya. Sudah tentu saya mempunyai lebih banyak sasaran dan saya masih belum berpuas hati,” kata Katharine kepada wartawan.

Jaguh Australia Kaylee McKeown mempertahankan pingat emasnya manakala Regan dan Katharine melengkapkan kedudukan podium. – REUTERS, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here