Home Luar Negara ARAB SAUDI SEDIA 10 KLINIK LAPANGAN UNTUK MUSIM HAJI

ARAB SAUDI SEDIA 10 KLINIK LAPANGAN UNTUK MUSIM HAJI

45
0

MINA: Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi mengaktifkan 10 klinik perubatan lapangan yang ditempatkan di kawasan penginapan Program Tetamu Penjaga Dua Masjid Suci bagi Haji, Umrah dan Ziarah serta di lokasi kementerian di tanah suci sebagai sebahagian daripada perkhidmatan bersepadu sempena musim Haji 1447 Hijrah, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Memetik Bernama-SPA menerusi Harian Metro, anggota Jawatankuasa Perubatan Khalid Al-Swat berkata, semua klinik itu mula beroperasi sejak permulaan musim haji dengan menyediakan perkhidmatan kesihatan, rawatan dan kecemasan sepanjang masa kepada jemaah serta petugas kementerian.

Pelbagai kes kecemasan dirawat termasuk keletihan akibat cuaca panas, tekanan darah tinggi, diabetes dan kes umum lain.

Klinik berkenaan dikendalikan oleh kakitangan perubatan dan jururawat yang berkelayakan serta dilengkapi peralatan moden termasuk bilik pemeriksaan dan rawatan, ubat-ubatan asas, alat pemantauan tanda vital, silinder oksigen dan bekalan pertolongan cemas bagi memastikan tindakan pantas dapat diberikan. – BERNAMA-SPA, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here