Home Buletin Semasa DUA RUMAH MUSNAH DALAM KEBAKARAN DI KETEREH

DUA RUMAH MUSNAH DALAM KEBAKARAN DI KETEREH

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Dua buah rumah separuh kekal musnah dalam kebakaran di Kampung Kadok Dalam, Ketereh di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.37 pagi itu, sebuah rumah musnah sepenuhnya manakala sebuah lagi terbakar hampir 90 peratus.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ketereh, Mohd Roslan Omar dalam kenyataan memaklumkan, bagaimanapun, kejadian tersebut tidak membabitkan sebarang mangsa atau kecederaan.

“Kami menerima panggilan kecemasan melalui talian NG999 memaklumkan berlaku kebakaran melibatkan bahagian dapur rumah.

“Susulan itu, seramai 16 anggota pasukan dari BBP Ketereh, BBP Tunjong dan BBP Kota Bharu diarahkan ke lokasi kejadian untuk operasi pemadaman.

“Setibanya pasukan di lokasi pada jam 11.46 pagi, komander operasi mendapati kebakaran membabitkan dua buah rumah separuh kekal yang terletak bersebelahan.

“Rumah pertama berkeluasan 20 kaki x 40 kaki musnah 100 peratus manakala rumah kedua berkeluasan 20 kaki x 30 kaki terbakar 90 peratus,”katanya dalam kenyataan itu.

Beliau berkata pihak bomba melakukan tindakan awal pemadaman menggunakan dua aliran air daripada tangki jentera bagi mengawal kebakaran daripada terus merebak sementara menunggu ketibaan bantuan tambahan.

“Operasi membabitkan dua jentera Fire Rescue Tender (FRT), sebuah tanker dan sebuah kenderaan pacuan empat roda.

“Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 12.12 tengah hari,”katanya. 

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here