Home Buletin Semasa APA ITU AIR ALKALI?

APA ITU AIR ALKALI?

178
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan Imedikel TV

Air minuman dan air mineral sudah biasa dalam kehidupan kita seharian. Namun, masih ada yang belum mengetahui apa itu air alkali.

Dan apakah perbezaan air mineral, minuman dan alkali kepada manusia?

Ikuti penjelasannya daripada penyelia I Medikel Farmasi Telipot, Wan Siti Hazlina.

Menurut Siti Hazlina, terdapat perbezaan daripada ketiga-tiga air berkenaan yang mungkin masih belum mengetahuinya.

“Sebenarnya air minuman berpunca daripada air saluran biasa seperti air paip atau air yang dirawat. Air alkali pula adalah air yang mempunyai ph 8 hingga 9. Bagi air mineral selalunya air yang diambil daripada sistem daripada sungai ataupun tasik dan mempunyai mineral tertentu.”

Menurut Siti Hazlina, apa yang membezakan air alkali dengan air biasa ialah tahap phnya.

“Untuk air alkali selalunya ph dalam 8 atau 9. Jadi air alkali ini menambah sifat alkali di dalamnya, kalau ph air seperti air minuman, air mineral ini ph  6 dan ph 7. Tetapi kalau air alkali ph 8 and 9. Jadi, ia akan rasa macam payau seakan air garam.”

Katanya, air mineral biasanya payau sedikit disebabkan kandungan mineral di dalamnya. Tambahnya air mineral diambil terus daripada sungai, tasik atau mana sumber mata air.

Katanya disebabkan itu rasanya sedikit payau kerana mempunyai sumber mineral yang tinggi.

Manakala, air minuman pula daripada sumber air yang bertapis atau air paip.

Menurut Hazlina, biasanya air minuman menjalani proses penyulingan atau penurasan biasa dan kandungan mineralnya berkurangan disebabkan sudah terawat.

“Air yang paling elok ialah air mineral kerana air mineral diambil daripada sungai dan mengandungi mineral-mineral yang diperlukan oleh badan, namun bagi air minuman selalunya air itu kurang kandungan mineral didalamnya dan tidak mempunyai sifat terapeutik berbanding air mineral. Bagi air alkali pula selalunya mereka akan minum kerana mereka rasa air alkali dapat membantu ph dalam badan.”

Apa yang menarik, ada sesetengah berpendapat terdapat beberapa khasiat air alkali.

Antaranya ia membantu melambatkan proses penuaan, mengawal tahap ph dalam badan seseorang dan mencegah penyakit kronik seperti kanser.

Disebabkan air alkali mempunyai sifat alkali yang tinggi iaitu ph 8 hingga 9 berbanding air biasa iaitu ph 7, maka ramai percaya bahawa air alkali dapat meneutralkan asid dalam badan.

“Selalunya air alkali ini, sesetengah doktor akan menyuruh pesakit minum air alkali untuk merawat asid di dalam perut atau usus. Jadi mereka akan lebih memilih untuk minum air alkali disebabkan mereka menganggap di dalam perut itu bersifat asid. Kalau air mineral ini, didalamnya ada kandungan mineral yang kita perlukan macam zink, magnesium, potasium atau mineral lain, jadi mereka akan minum sebagai air harian biasa untuk menambah mineral yang tiada dalam badan.”

Bagaimanapun, menurut siti hazlina, setiap individu memerlukan air di dalam badan.

Untuk setiap pengambilan air bagi kanak-kanak biasanya ia bergantung kepada umur, jantina dan juga faktor usia mereka.

Bagi dewasa, digalakkan untuk minum lebih kurang lapan gelas atau dua liter air setiap hari.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here