Home Buletin Semasa ANGGOTA BOMBA LEMAS DITEMUI, SELAMAT DIKEBUMIKAN MALAM TADI

ANGGOTA BOMBA LEMAS DITEMUI, SELAMAT DIKEBUMIKAN MALAM TADI

211
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

PASIR PUTEH: Anggota bomba Unit STORM dan HAZMAT yang ditemui terdampar di pantai berhampiran Chalet Pantai D’Aur semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mukim Sri Gedombak, Limbongan, kira-kira jam 8.10 malam tadi.

Jenazah Allahyarham Ahmad Badrul Naim Abdul Wahab, 32, sebelum itu disembahyangkan di Masjid Solihiah Kampung Jerat Semata, kampung asal ibu bapanya.

Mayat mangsa ditemui pada jam 12.38 tengah hari semalam, kira-kira 3.2 kilometer dari Pantai Kandis, lokasi beliau dilaporkan hilang ketika cuba menyelamatkan adiknya yang lemas.

Proses pengebumian turut dibantu anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Daerah Pasir Puteh.

Allahyarham yang merupakan anggota Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamatan Malaysia (STORM) dan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru, Pulau Pinang, dilaporkan lemas ketika cuba menyelamatkan adiknya, Ahmad Nurruddin Abdul Wahab, 21.

Sementara itu, Ketua JBPM Bachok, Ahmad Ridhuan Mohamad Ghazali, berkata setakat ini mangsa kedua belum ditemui dan pencarian masih diteruskan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here