Home Buletin Semasa AMARAN RIBUT PETIR DI KELANTAN, PERAK & KEDAH

AMARAN RIBUT PETIR DI KELANTAN, PERAK & KEDAH

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan beberapa negeri sehingga jam 1 tengah hari, hari ini.

Menurut kenyataan METMalaysia setakat jam 10.25 pagi, amaran itu membabitkan negeri Kelantan, Perak dan Kedah.

Di Kelantan, kawasan terlibat ialah Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang.

Sementara itu, di Perak, amaran ribut petir dikeluarkan melibatkan keseluruhan kawasan Hulu Perak.

Manakala di Kedah, cuaca buruk berkenaan dijangka melanda daerah Padang Terap, Sik, Baling dan Kulim.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here