Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan Imedikel TV
KOTA BHARU: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengenalpasti lebih 40 fasiliti kesihatan di negeri ini, yang berisiko mengalami banjir.
Pengarahnya, Datuk Dr. Zaini Hussin, berkata jumlah itu berdasarkan pengalaman banjir sebelum ini.
“Persiapan banjir ini adalah rutin di Kelantan ini, dan dari segi persiapan kita pertamanya kita telah memprsiapkan dari segi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang kita ada, pasukan-pasukan yang kita ada dan terlibat di pejabat-pejabat kesihatan dan juga di hospiatal-hospital.
“Kita juga telah mengarahkan untuk hospital dan pejabat kesihatan untuk melengkapkana dari segi logistic dan kesiapsiagaan, mengenalpasti kawasan-kawasan yang berpotensi untuk berlakunya banjir,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan 14th Asia Pasific Cardiology Update (APCU) 2023, di sini, hari ini.

Dr. Zaini berkata kesiapasiagaan bermula dari awal demi memastikan fasiliti kesihatan lain yang tidak terlibat banjir sebelum ini juga berpotensi dilanda banjir.
“Sebagai contoh pada tahun lepas kita tidak jangkakan di Pasir Puteh berlaku banjir, tetapi banjir.
“Jadi banyak faktorlah termasuk pembangunan, saliran dan sebagainya. Jadi, jumlah tempat (risiko banjir) hanya sebagai garis panduan kepada kita tetapi pihak JKNK telah mengarahkan setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) di klinik dan pejabat kesihatan untuk memastikan walaupun kawasan mereka tidak berlaku banjir tetapi kesiapsiagaan menghadapi banjir dilaksanakan,”katanya.
IMEDIKEL TV






