Home Buletin Semasa USAHA GENERASI MUDA LESTARIKAN SENI BUDAYA KELANTAN

USAHA GENERASI MUDA LESTARIKAN SENI BUDAYA KELANTAN

226
0

Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan I Medikel TV

BACHOK: Usaha golongan generasi muda dalam mengekalkan seni budaya semakin penting dalam era globalisasi ini.

Seni warisan budaya adalah harta kekayaan tidak ternilai yang melambangkan identiti dan sejarah bangsa.

Dalam usaha untuk mengekalkan kelestarian dan keberterusan seni warisan budaya, berbagai usaha telah dijalankan oleh masyarakat dan pihak berkuasa.

Pembantu Persatuan Seni Pusaka Sri Gunong, Mohamad Azam Rizal Zahari, 30, berkata Festival Kesenian Rakyat itu diadakan bagi memupuk semangat orang ramai dalam melestarikan seni warisan budaya di Kelantan.

Pembantu Persatuan Seni Pusaka Sri Gunong, Mohamad Azam Rizal Zahari, 30, berkata Festival Kesenian itu mendapat sambutan hangat daripada orang ramai.

“Kita lihat festival keseniaan boleh menarik minat anak-anak muda, orang kampung serta rakyat berlainan bangsa juga turut serta. Alhamdulillah festival ini mendapat keterujaan daripada mereka ,”katanya kepada pemberita ketika ditemui di Festival Keseniaan Rakyat di Panggung Pusaka Sri Gunong di sini, baru-baru ini.

Azam berkata, pelbagai permainan tradisional yang diadakan antaranya malam kebudayaan, bengkel tarian, bengkel muzik tradisional dan persembahan kebudayaan.

Menurutnya, penglibatan peserta adalah di kalangan Badan Bukan Kerajaan, Pihak Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN), ahli Persatuan Seni Pusaka Sri Gunong dan Penduduk kampung Gunong.

Katanya, festival itu berlangsung sejak 12 Oktober hingga  dan berakhir pada Sabtu.

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here