Home Buletin Semasa YWM AGIH RM219322.61 DANA WAKAF PENDIDIKAN YWM

YWM AGIH RM219322.61 DANA WAKAF PENDIDIKAN YWM

189
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan Imedikel TV

Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) menyampaikan sumbangan Dana Tabung Pendidikan YWM – PINTA berjumlah RM219322.61 kepada PINTA 9Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan).

Menurut kenyataan media, tujuan pelaksanaan Program Multimedia Tahfiz Madani  di pusat-pusat tahfiz Al-Quran seluruh negara.

Sumbangan daripada YWM tersebut memanfaatkan 20 institusi tahfiz di bawah PINTA di mana setiap institusi tahfiz akan dibekalkan dengan masing-masing seunit computer riba, pencetak fungsi, toner pencetak, projector dan skrin layer bagi pelaksanaan Program Multimedia Tahfiz Madani.

Sumbangan itu disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif YWM, Dr. Riszwan Bakar kepada Timbalan Presiden PINT, Zulkifli Hussain.

Antara objektif pelaksaan program tersebut adalah meningkatkan keupayaan penggunaan teknologi diogital dan elektronik di dalam Institusi Tahfiz selaras dengan perkembangan teknologi moden; memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancer dan baik dengan bantuan teknologi serta akses kepada sumber pembelajaran yang lebih komprehensif serta meningkatkan kecekapan pengurusan Institusi Tahfiz dan mempersiapkan Institusi Tahfiz di Malaysia bagi penggunaan PINTA Management System (PMS) dengan peralatan yang bersesuaian dan kemahiran ke arah pelaksanaan sistem elektronik. – YWM –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here