LONDON: Kapten England, Harry Kane yakin dia mampu beraksi sehingga usia 40 tahun dan berjanji akan terus menyarung jersi kebangsaan.
Penyerang Bayern Munich itu kembali ke England untuk melaporkan diri bagi kem latihan menjelang aksi persahabatan menentang Australia pada Jumaat dan kelayakan Euro 2024 bertemu Itali minggu depan.
Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Kane kini berada di kemuncak prestasinya, meledak sembilan gol dan membantu lima lagi dalam 10 perlawanan kompetitif di Jerman sejak meninggalkan Tottenham pada Ogos.
Walaupun mencecah usia 30 tahun, Kane belum memikirkan untuk bersara daripada bola sepak antarabangsa.
“Saya sentiasa bangga bermain untuk England dan persaraan adalah sesuatu yang sukar untuk difikirkan buat masa ini.
“Saya seorang yang sentiasa berusaha dan cuba mengatasi had kemampuan. Saya akan terus berjuang sehingga saya tidak lagi terpilih dan ketika itu baru saya akan memikirkannya.
“Saya menikmati setiap saat bermain untuk England dan saya tidak akan melepaskannya dalam masa terdekat.
“Jika anda melihat pemain-pemain hebat – Cristiano Ronaldo, Lionel Messi, Robert Lewandowski, Zlatan Ibrahimovic – mereka menjadi lebih hebat selepas melepasi usia 30 tahun,”
kata Kane. – AGENSI-BERITA HARIAN ONLINE-
Imedikel TV






