Home Sukan AB MALIK MAHU ANAK RENDAH DIRI,TERUS CIPTA KEJAYAAN DI PENTAS DUNIA

AB MALIK MAHU ANAK RENDAH DIRI,TERUS CIPTA KEJAYAAN DI PENTAS DUNIA

SEPANG: Jangan rasa diri sudah bagus.

Itu antara titipan nasihat bapa kepada atlet karate, Ab Malik Abdullah kepada Muhammad Arif Afifuddin selepas anaknya itu meraih pingat emas di temasya Sukan Asia Hangzhou.

Sebagai peminat nombor satu, Ab Malik berharap anaknya dapat menjadikan kilauan pingat itu sebagai pembakar semangat untuk terus mengukir kejayaan di masa hadapan termasuk di kejohanan dunia Persekutan Karate Dunia (WKF).

“Sebagai bapa dan keluarga, harap dia lebih tekun, perbaiki lagi kelemahan yang ada. Jangan rasa sudah bagus, apapun kena tingkatkan (prestasi) diri. Sudah dapat pingat, kena sentiasa merendah diri.
Atlet karate, Muhamad Arif Affifudin Ab Malik bersama bersama keluarganya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini. – NSTP/MOHD FADLI HAMZAH

“Teruskan usaha supaya berjaya kerana ada lagi kejohanan yang ada dihadapi dan dapat mengharumkan nama Malaysia serta sukan karate,”

kata Ab Malik ketika ditemui media selepas ketibaan pasukan karate di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bersama Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, hari ini.

Di Hangzhou, Arif yang menahan kesakitan akibat kecederaan lama dan baharu meraih emas dalam acara kumite lelaki bawah 84 kilogram (kg) selepas menewaskan pemenang gangsa di Kejohanan Dunia 2021, Daniyar Yuldashev dari Kazakhstan 10-4.

Arif menunjukkan semangat tinggi, meneruskan perjuangan apabila lawannya menumbuk kuat mata kanannya ketika cuba membuat serangan balas berbaki 15 saat sebelum pertarungan tamat.

Memetik laporan menerusi berita harian,Mengulas lanjut mengenai perlawanan final itu, Ab Malik berkata, kecederaan adalah lumrah biasa dalam karate serta sukan berprestasi tinggi dan baginya, setiap pengorbanan dilakukan Arif nyata berbaloi.

“Kami sekeluarga sangat bersyukur dengan segala usaha dia… jerih perih, kecederaan dialaminya, macam-macam cabaran tetapi saya cakap dengan dia supaya bersabar, kuatkan azam, semangat, berlatih bersungguh-sungguh, ikut kata jurulatih.

“Alhamdulillah, Allah bagi rezeki kepadanya dan sampai hajat dia kerana sudah lama dia tunggu. Dia sudah bermati-matian berusaha. Di Sukan SEA Filipina pun dia cedera tetapi dapat perak.

“Di Sukan SEA Kemboja pun cedera tetapi pencapaian tak seperti sekarang. Jadi dapat pingat emas di Sukan Asia ini, Alhamdulillah… di temasya kedua tertinggi,” kata Ab Malik yang akan mengadakan kenduri doa selamat atas kejayaan anaknya itu selepas ini.

-BERITA HARIAN ONLINE-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here