Home Buletin Semasa 3 LELAKI DITAHAN MILIKI DADAH DAN PISTOL REVOLVER

3 LELAKI DITAHAN MILIKI DADAH DAN PISTOL REVOLVER

Oleh: Afrizam Arif, Wartawan IMedikel TV

KOTA BHARU: Tiga lelaki ditahan kerana memiliki dadah dan sepucuk pistol revolver bernilai lebih RM7,000 dalam dua operasi berasingan di Tumpat dan Pasir Mas, semalam.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata ketiga-tiga mereka adalah berusia 17 hinggga 50 tahun ditahan oleh Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) yang menjalankan Ops Taring Wawasan Kelantan di sempadan Kelantan.

“Dalam operasi pertama pada pukul 2 pagi, anggota PGA menahan dua lelaki yang memiliki satu liter campuran batuk dipercayai mengandungi kodin ketika menaiki sebuah Toyota Vios di Sekat Pintas Simpangan, Tumpat.

“Bertindak atas pandu arah daripada tangkapan pertama sepasukan pegawai bersama anggota PGA7 telah ke sebuah rumah beralamat Jalan JKR Pasir Mas, pada pukul 4 pagi dan menyerbu rumah di Pasir Mas, juga turut menemui pistol jenis revolver Smith & Wesson dengan enam peluru,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Muhamad Zaki berkata pemeriksaan lanjut di rumah tersebut juga turut menemui 149 pil methamphetamine, ganja dan Epam kesemuanya bernilai lebih RM5,000 dan menahan dua suspek yang didapati mempunyai rekod jenayah lampau.

“Polis kemudian turut melakukan serbuan ke atas sebuah rumah di alamat Kampung Padang Tola, Pasir Mas, pada pukul 5.30 pagi dan menahan seorang lelaki berusia 50 tahun, malah hasil pemeriksaan, polis menemukan dadah jenis heroin dan pil yaba bernilai RM2,424.

“Kesemua suspek dalam kedua-dua kes ini ditahan reman selama tujuh hari bermula 8 hingga 14 Oktober untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960, Seksyen 12(2) ADB 1952, Seksyen 6 ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here