Home Sukan KIPTUM PECAH REKOD DUNIA MARATON

KIPTUM PECAH REKOD DUNIA MARATON

ILLINOIS: Kelvin Kiptum dari Kenya memecahkan rekod dunia maraton lelaki di Chicago, selepas mencatat kemenangan dengan catatan masa dua jam dan 35 saat (s) .

Memetik laporan REUTERS menerusi Harian Metro, dia berjaya memadamkan rekod lama yang dibuat rakan senegara, Eliud Kipchoge dengan kepantasan 30s.

Kiptum memecah rekod Maraton London tahun ini dan berazam untuk mencipta kegemilangan sekali lagi di Windy City sambil memecut laju sejauh 35 kilometer sebelum mendepakan tangannya ke udara untuk bersorak ketika mendapat sorakan semangat penonton di hujung saingan.

Dia pada asalnya tidak mensasarkan rekod itu tetapi berkata, menyedari pada kilometer terakhir mampu mengatasi rekod juara Olimpik dua kali Kipchoge, yang sebelum ini mencatat masa 2:01:09s.

“Saya sangat gembira. Saya sebenarnya tidak bersedia,” katanya di garisan penamat. “Rekod dunia tidak ada dalam fikiran saya hari ini.”

Dia memecahkan pita garisan penamat dengan kelebihan 3:27s di hadapan rakan senegaranya, Benson Kipruto, manakala wakil Belgium, Bashir Abdi menduduki tempat ketiga dalam masa 2:04:32s.

Kiptum dan rakan senegaranya Daniel Mateiko melepaskan diri dari kumpulan yang lain dengan jarak 10 kilometer dan pasangan itu berada lebih daripada satu setengah minit di depan pesaing yang lain selepas separuh perlumbaan.

Beraksi dalam perlumbaan maraton ketiganya, Kiptum bergerak solo pada jarak 35 kilometer dan memutuskan untuk mengambil kesempatan daripada laluan rata di Chicago sebelum menambahkan kelajuan.

– REUTERS, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here