Home Buletin Semasa MASIH MEROKOK DI TEMPAT AWAM TANPA SEGAN SILU

MASIH MEROKOK DI TEMPAT AWAM TANPA SEGAN SILU

212
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan Imedikel TV

KOTA BHARU:Larangan merokok di tempat awam termasuk kedai makan sudah semakin diabaikan dan tidak diendahkan.

Penguatkuasaan itu dilaksanakan sejak Januari 2019 tetapi dipandang sepi oleh rakyat Malaysia seluruh negara.

Malah mereka sudah terbiasa merokok di tempat awam dan semakin menjadi-jadi tanpa teguran atau aduan kepada pihak berwajib.

Tinjauan team i medikel tv, di premis makanan di sekitar Kota Bharu, mendapati masih ramai lagi perokok tegar dengan selamba menghisap rokok dalam premis makanan berkenaan.

Notis larangan merokok yang dipasang di dinding premis makanan berkenaan seolah-olah hanya menjadi perhiasan dinding sahaja dan tidak dipedulikan perokok.

Hal itu menyebabkan ada dalam kalangan orang ramai kurang senang dengan asap rokok lebih-lebih lagi jika membawa ibu mengandung atau anak kecil.

Orang awam yang ditemui rata-rata meluahkan rasa kecewa dan kesal kepada perokok yang kurang cakna akan hal demikian.

Ibu kepada empat orang anak, Rusni Hazne Hamzah, 45, dari Tanah Merah, berkata perokok sepatutnya menghormati pelanggan lain di dalam kedai sebelum berniat untuk merokok.

Untuk isu merokok di kedai makan. saya rasa tidak sesuailah tempat untuk kita makan, kadang kita bawa budak-budak, orang tua, udara lah, salah satunya udara, kesihatan untuk golongan-golongan ni tidak sesuai. dan kalau boleh untuk semua tuan kedai kena titik beratkan benda ni, letak notis larangan merokok atau dia sediakan tempat yang sesuailah kalau untuk perokok.

Seeloknya kepada perokok yang tegar elakkan merokok di kawasan awam, di tempat-tempat yang tidak sesuai untuk orang awam.”

Seorang lagi yang ditemui, Muzalmanhaslan Mustafa, 48, dari Tumpat, berkata merokok di tempat awam sangat tidak sesuai lebih-lebih lagi jika peniaga sudah meletakkan notis larangan merokok.

“pada saya, kalau ikutkan tidak baiklah lebih-lebih lagi kalau tempat tu tempat awam dan kita tengok mungkin sudah ada simbol dilarang merokok dan saya nampak juga benda ni mengganggu orang awam yang lain yang tidak merokok. tidak sesuai dengan tempat makan ada orang merokok dan kita pun rasa terganggu dengan masalah, lebih-lebih lagi kalau tempat tu ada kanak-kanak dan wanita yang mana mungkin ada alahan dengan masalah bau asap rokok.

saya rasa benda ni perlu diambil perhatian oleh perokok-perokok yang mana mengambil kira faktor atau situasi asap rokokdan juga boleh mengganggu ketidakselesaan orang awam yang lain.

Tambahnya, terdapat peniaga kedai makan sudah meletakkan notis larangan merokok, tetapi disebabkan sikap sesetengah perokok suka mengambil mudah hal itu, jadi mereka hanya mengendahkan notis tersebut.

Masing-masing ambil tanggungjawab, maknanya isu ni ada peranan masing-masing bagi orang yang merokok, bagi kerjasama di mana orang yang tidak merokok juga berasa selesa dalam keadaan tiada asap rokok.”

Dalam pada itu, team i medikel tv juga berkesempatan menemuramah peniaga berkenaan isu terbabit.

Seorang peniaga, Wan Muhamad Isa Wan Ilias, 34, berpendapat isu merokok di tempat awam sudah lama.

Katanya dia pernah menegur mereka yang merokok tetapi, ada yang boleh menerima teguran dan juga sebaliknya.

“kalau nak tengok reaksi, kalau nak tegur tu serba salah, disebabkan mereka adalah perokok tegar, orang dulu biasa kalau kita tegur mereka ingat kita marah pula.memang, ada orang yang tak boleh nak tegur.”

Dia yang berniaga sejak 12 tahun, berkata penguatkuasa juga ada membuat serbuan terhadap mereka yang merokok di tempat awam.

Katanya bergantung kepada pihak penguatkuasa sama ada perokok itu dihalau dari tempat berkenaan atau jika didapati bersalah mereka juga dikenakan saman dan bahan bukti diambil untuk tindakan lanjut.

Seorang lagi peniaga berkata, dia sedia maklum akan isu terbabit tetapi tidak berani untuk menegur perbuatan mereka.

Namun, sebaiknya elakkan merokok di tempat awam kerana menyebabkan pencemaran udara.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here