Home Buletin Semasa PENIAGA KEKAL HIDANGAN MENU RAHMAH

PENIAGA KEKAL HIDANGAN MENU RAHMAH

246
0

Oleh: Athirah Azman, Wartawan Imedikel TV

KOTA BHARU: Kenaikan kos bahan mentah sejak akhir-akhir ini amat menggusarkan peniaga dan juga rakyat di negara ini.

Namun, masih ada beberapa premis makanan mengekalkan hidangan menu rahmah kepada pelanggan walaupun harga bahan makanan mengalami kenaikan sejak kebelakangan ini. 

Team imedikel tv berkesempatan membuat tinjauan dan menemu bual beberapa peniaga makanan di sekitar Pasar Siti Khadijah, di sini, baru-baru ini.

Seorang peniaga makanan, Sarina Kasih Jusoh, 52, berkata sejak menu rahmah diperkenal Februari lalu, sehingga kini dia masih menyediakan hidangan itu kepada pelanggan.

Katanya, dia masih kekalkan menu rahmah kepada pelanggan supaya dapat membantu golongan yang terhimpit dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu.

“Menu rahmah ni harga stabil untuk tolong sama-sama kita kalau orang nak lauk lebih lagi kita buat rm8 harga biasa la rm8 lauk lebih menu rahmah ni harga sama-sama kita.”

Sarina berkata hidangan menu rahmah yang disediakan adalah aneka jenis sup.

Tambahnya, menu rahmah menjadi pilihan pelanggan memandangkan setiap set hidangan berharga RM5.

Menurutnya, meskipun kos barangan asas dan bahan mentah naik, dia tetap mengekalkan hidangan menu rahmah.

Manakala, seorang lagi peniaga nasi berlauk, Halimah Hussin, 52, berkata meskipun ramai mendakwa terbeban dengan peningkatan harga barangan asas terutama beras, ia tidak menghalang segelintir peniaga untuk terus menyediakan menu rahmah kepada pelanggan.

Halimah berkata, pelbagai jenis nasi berlauk yang disediakannya dengan harga RM5 di bawah inisiatif itu.

Nak suruh orang makan tu murah sikit kalau tengok ada menu rahmah murah, ada menu rahmah orang masuk. nasi kerabu, nasi dagang, nasi ayam goreng.”

Dia berharap, pelanggan akan sentiasa berkunjung di premisnya untuk menikmati hidangan menu rahmah yang disediakan.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here