Home Luar Negara 5 MAUT,5 CEDERA PARAH DALAM KEMALANGAN DI AS

5 MAUT,5 CEDERA PARAH DALAM KEMALANGAN DI AS

165
0

ILLINOIS: Sebuah trak yang membawa beribu-ribu gelen bahan toksik terbabit dalam nahas di selatan Illinois, menyebabkan 5 mangsa maut dan lima lagi cedera parah.

Kes kemalangan membabitkan banyak kenderaan itu semalam turut memaksa pihak berkuasa memindahkan penduduk setempat.

Trak yang terbabit dalam insiden berhampiran bandar Teutopolis di Effingham County itu membawa kira-kira 7,500 gelen ammonia kontang.-menurut sumber agensi menerusi berita harian-

Agensi Perlindungan Alam Sekitar Illinois berkata, anggaran awal menunjukkan 4,000 gelen bahan itu tertumpah dan menyebabkan kira-kira 500 orang terpaksa dipindahkan dari kawasan itu.

Menurut pejabat Koroner di daerah Effingham, mereka yang maut dalam kemalangan itu adalah dua kanak-kanak berusia bawah 12 tahun dengan tiga mangsa daripada keluarga yang sama manakala lima individu dihantar ke hospital tempatan kerana cedera parah.

Menurut polis negeri, kemalangan itu menyebabkan kerja menyelamat dilakukan dalam radius kurang satu kilometer (km) dari lokasi nahas, berikutan kebocoran ammonia.

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan AS berkata, pihaknya akan mengkaji semula kemalangan itu, yang berlaku tidak jauh dari timur Teutopolis, di Lebuhraya 40.

Polis Negeri Illinois berkata, ia telah dimaklumkan mengenai nahas yang membabitkan beberapa kenderaan, termasuk sebuah trak yang mengalami kebocoran ammonia kontang.

Menurut Pentadbiran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, ammonia bukan racun dan pendedahan berulang tidak menyebabkan kesan kronik pada tubuh manusia.

Bagaimanapun, dalam kepekatan kecil di udara, ia boleh menjadi menyebabkan kerengsaan melampau pada mata, tekak, dan saluran pernafasan.

Pendedahan meluas kepada ammonia boleh merosakkan paru-paru. – REUTERS

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here