Home Sukan KUARTET 4X200M LAYAK KE FINAL

KUARTET 4X200M LAYAK KE FINAL

204
0

HANGZHOU: Pasukan 4×200 meter (m) gaya bebas berganti-ganti lelaki negara layak ke pusingan akhir Sukan Asia Hangzhou.

Kuartet Khiew Hoe Yean, Lim Yin Chuen, Jayden Tan dan Arvin Shaun Chahal Singh mencatat masa 7:26.17 saat (s) untuk menduduki tempat ketiga dalam saringan kedua di belakang Korea Selatan dan Jepun.

Secara keseluruhan, Malaysia layak menempah tiket lapan terbaik apabila mencatat masa kelima terpantas dengan antara pasukan yang turut layak adalah tuan rumah, China, Singapura, India, Vietnam dan Hong Kong.

Aksi akhir dijadualkan berlangsung jam 8.45 malam ini di Arena Sukan Akuatik Hangzhou.

Kali terakhir Malaysia layak ke final dalam acara itu ialah pada temasya 2010 di Guangzhou yang menyaksikan kuartet negara menduduki tempat keenam. – HMetro Online –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here