Home Sukan GAUFF JULANG GRAND SLAM SULUNG DI TERBUKA AS

GAUFF JULANG GRAND SLAM SULUNG DI TERBUKA AS

138
0

NEW YORK: Memetik laporan agensi menerusi berita harian Pemain remaja Amerika Syarikat (AS), Coco Gauff merangkul gelaran Grand Slam pertamanya selepas bangkit menewaskan pemain Belarus, Aryna Sabalenka.

Gauff, 19, menampilkan persembahan memukau di gelanggang Stadium Arthur Ashe untuk kemenangan 2-6, 6-3, 6-2 dalam tempoh dua jam enam minit.

Pemain pilihan keenam dari Florida itu mara ke final sebagai ‘underdog’ berbanding pilihan kedua, Sabalenka yang akan menjadi pemain nombor satu dunia dalam ranking terbaru minggu depan

Kemenangan itu melengkapkan kebangkitan Gauff, yang kecewa selepas tersingkir di pusingan pertama Wimbledon pada Julai.

Dia kemudian menebus kekecewaannya dengan kemenangan di Washington dan Cincinnati, dan kini merakam kejayaan terbesar dalam kariernya, selepas kekalahan di Terbuka Perancis tahun lalu.

“Ia amat bermakna buat saya. Saya sedikit terkejut ketika ini. Kekalahan di Terbuka Perancis sangat mengecewakan. Ia menjadikan kemenangan ini lebih manis daripada yang mampu saya bayangkan,” kata Gauff.

Gauff adalah pemain remaja ketiga AS memenangi Terbuka AS selepas Tracy Austin dan Serena Williams. – AFP

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here