Home Segmen Kesihatan RAWAT BIBIR MENGGELUPAS

RAWAT BIBIR MENGGELUPAS

199
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan Imedikel TV

Bibir adalah salah satu aset bagi setiap individu.

Tetapi ramai yang menghadapi masalah bibir menggelupas.

Bibir menggelupas atau merekah dikaitkan dengan kekurangan air malah ada yang beranggapan membasahi bibir menggunakan amilase liur juga adalah salah satu penyebab bibir menjadi menggelupas dan pecah.

Bagi merawat bibir yang menggelupas sama ada wanita mahupun lelaki, ramai  di antara mereka memilih menggunakan pelembap bibir. Bagi mengurangkan penggelupasan.

Selain daripada itu, bahan semula jadi juga dikaitkan untuk merawat bibir merekah.

Menurut kajian In vitro anti-inflammatory and skin protective properties of Virgin coconut oil, minyak kelapa adalah emolien yang tidak hanya melembabkan kulit, tetapi juga melindungi bahagian ini dengan meningkatkan sistem perlindungan pada kulit.

Manfaat lain daripada minyak kelapa, terutamanya berkaitan dengan bibir pecah, adalah sifat anti-inflamasi dan anti bakterianya.

Dalam kajian Honey: A Therapeutic Agent for Disorders of the Skin menjelaskan madu memiliki sifat anti-mikroorganisma dan anti-inflamas.

Madu telah digunakan selama berabad-abad lamanya sebagai ubat merawat kulit dan pelbagai masalah kesihatan yang lain. Ia juga dapat membantu melembabkan bibir dan melindunginya daripada pecah dan terkena jangkitan.

Lidah buaya memiliki pelbagai kegunaan. Sifat anti-inflamasi di dalamnya menjadikannya pilihan tepat untuk merawat bibir pecah.

Untuk mengatasi bibir pecah, potong daun lidah buaya dan hiris terbuka untuk mengambil gelnya. Sapu ke bibir dan enzim lidah buaya membantu melembabkan bibir serta menghalangnya daripada mengelupas.

Menurut kajian Review on Natural Lip Balm, buah avokado dapat bertindak sebagai emolien dan memekatkan lip balm. Malah ia tidak berminyak dan dapat diserap dengan baik oleh kulit.

Bahan ini mengandungi beberapa asid lemak dan antioksidan yang diketahui mempunyai pelbagai manfaat bagi kulit termasuk asid oleat dan linoleat.

The American Academy of Dermatology (AAD) menyarankan penggunaan jeli petroleum sepanjang hari dan sebelum tidur untuk melembabkan bibir yang pecah.

Jeli petroleum ini dapat menjaga kelembapan bibir lebih lama daripada minyak.

Jadi, terdapat banyak cara untuk merawat bibir yang menggelupas.

Sumber Mstar Online

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here