Home Sukan BRIGHTON TANDATANGANI ANSU FATI

BRIGHTON TANDATANGANI ANSU FATI

Brighton: Brignton mengesahkan mereka berjaya menandatangani penyerang muda Barcelona Ansu Fati menerusi perjanjian pinjaman jangka panjang.

Seagulls menewaskan beberapa kelab Eropah untuk mendapatkan tandatangan Fati termasuk Tottenham.

Wolves dikaitkan dengan Fati awal musim panas ini manakala Manchester United dan Liverpool turut berminat dengan pemain itu.

Namun Brighton yang berjaya mendapatkan Fati dengan CEO Paul Barber membocorkan berita itu sebelum pengumuman rasmi.

Bercakap ketika sesi bertemu penyokong menerusi aplikasi Zoom, Barber mengagumi kemampuan Fati sebelum mengesahkan kelab berjaya menandatanganinya.

Pengurus Brighton Roberto De Zerbi turut berkongsi kegembiraan dan mengalu-alukan kedatangan Fati ke kelab itu.

Menurutnya: “Perkembangan yang hebat untuk kami. Saya yakin Ansu akan membantu kami mencapai sasaran baharu dan kami pula dapat membantu dia kembali ke tahap sepatutnya.”

Fati, 20, tampil kali pertama bersama Barca ketika berusia 16 tahun dan menjadi penjaring termuda kelab itu.

Pada 2019 dia muncul pemain termuda Barcelona beraksi di Liga Juara-Juara (UCL) dan jaringannya ketika menentang Inter Milan pada 2019 menjadikannya pemain termuda meledak gol dalam sejarah UCL.

Dia kemudiannya tampil 112 perlawanan bersama Barca dan menjaringkan 29 gol selain memecahkan rekod 95 tahun apabila muncul pemain termuda Sepanyol yang meledak jaringan ketika menewaskan Ukraine 4-0 pada September 2020.

Awal tahun itu, dia muncul pemain termuda menjaringkan dua gol dalam satu aksi LaLiga ketika Barcelona menewaskan Levante. – Harian Metro

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here