Home Luar Negara TRUMP DIKENAKAN BON AS$200,000, PERINTAH TIDAK HANTAR MESEJ UGUTAN

TRUMP DIKENAKAN BON AS$200,000, PERINTAH TIDAK HANTAR MESEJ UGUTAN

FILE - Former President Donald Trump arrives to speak at the Moms for Liberty meeting in Philadelphia, June 30, 2023. Several Republican White House hopefuls are appearing starting Friday at a conservative conference with hopes of making up ground against former President Donald Trump. Trump won’t speak at The Gathering, an Atlanta event where radio host Erick Erickson will welcome six GOP contenders. (AP Photo/Matt Rourke, File)

Donald trump bakal berdepan bon as$200,000 (RM929,800) dan perintah untuk tidak menghantar mesej berbaur ugutan di media sosial, menurut pemfailan mahkamah semalam.

Bekas presiden Amerika Syarikat (AS) itu sedang menunggu perbicaraan di Georgia atas tuduhan cuba membatalkan kekalahannya pada pilihan raya 2020

Memetik laporan REUTERS menerusi BH Online dokumen itu membabitkan perjanjian bon yang ditandatangani peguam trump dan peguam daerah fulton country, fani willis, menetapkan syarat pelepasan termasuk sekatan untuk menakut-nakutkan saksi dan menghalang keadilan ditegakkan.

“Perkara itu termasuk dalam sekatan, tetapi tidak terhad kepada hantaran di media sosial atau berkongsi hantaran yang dibuat oleh individu lain di media sosial,” kata perintah itu, yang ditandatangani hakim mahkamah tinggi fulton county, scott mcafee.

Trump, yang mendahului pencalonan presiden republikan 2024 dan 18 lagi defendan didakwa dalam kes georgia pada 14 ogos.

Willis memberi tempoh sehingga jumaat untuk menyerah diri susulan pertuduhan terhadap mereka atau akan ditahan.

Pendakwa raya dalam kes itu sebelum ini mencadangkan perbicaraan bermula pada 4 Mac 2024, manakala peguam Trump meminta perbicaraan dilaksanakan pada 2026. – BH Online –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here