Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan Imedikel TV
BACHOK: Usianya yang hampir 100 tahun tidak menghalang seorang nenek untuk datang menyokong cucu, Shahrul Aizat Rosdi, 13, menyertai pertandingan memancing yang diadakan di Parit Tali Air Sungai Seneng di sini, hari ini.
Zaidah Mohamad, 73, dari Permatang Machang berkata, dia teruja untuk datang walaupun kesihatan tidak megizinkan memandangkan cucunya itu sangat berminat untuk memancing.

Zaidah Mohamad, 73, hadir menyokong cucunya memancing di Parit Tali Air Sungai Seneng, di sini, hari ini.
“Ini kali pertama cucu masuk pertandingan memancing, saya rasa gembira lah sebab sebelum ni dia selalu memancing di sungai kawasan kampung memang selalu dapat ikan.
“Saya datang hari ini dengan siap membawa kerusi dan payung untuk keselesaan semata-mata nak tengok cucu.”katanya kepada pemberita ketika Pertandingan Memancing di sini, hari ini.

Suasana di tempat memancing
Zaidah manis berbaju kurung berkata minatnya pada aktiviti memancing sejak zaman muda lagi.
“Saya memang minat memancing tambah lagi suka tengok orang ramai datang ke kampung kita, suasana tu meriah.”katanya.
Zaidah berharap, cucunya memperoleh kemenangan dengan menjadi juara memandangkan hadiah bagi juara sangat lumayan iaitu hadiah wang tunai sebanyak RM20,000.
Imedikel TV






