Home Buletin Semasa PAS KEKAL DI DUN PANTAI IRAMA

PAS KEKAL DI DUN PANTAI IRAMA

185
0

Oleh: Nur Athirah Azman , Wartawan Imedikel TV

BACHOK: Calon PAS bagi kerusi N.21 Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Irama, Huzaimy Che Husin menang majoriti 10,449 bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) 15 kali ini dengan peratusan pengundian ialah 62.56%

Keputusan rasmi kekal memihak kepada calon (PAS) Huzaimy dengan jumlah undi 17,779 mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Kak Yah dengan jumlah undi 7,330.

Sehubungan dengan itu, Huzaimy atau dikenali sebagai Haji Mie diisytiharkan sebagai ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) N.21 Pantai Irama.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus, Azri Rahimiee Mohamed, di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi, Dewan Sri Harmoni, Kolej Vokasional Bachok, di sini, malam ini.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here