Oleh: Alini Nadhirah Ismail , Wartawan Imedikel TV
BACHOK: Calon PAS bagi kerusi N.22 Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelawat, Zameri Mat Nawang atau Loyar Zameri, menang majoriti 9608 bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) 15 kali ini dengan peratusan pengundian ialah 61.67 peratus.
Keputusan rasmi memihak kepada Zameri dengan jumlah undi 16 885 mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Dato’ Yusri dengan jumlah undi 7 277 serta calon Bebas ( Buku) Baba Zul dengan jumlah undi 277.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus N.22 Nik Mahmud Nik Jaafar, di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi, Dewan Sri Harmoni, Kolej Vokasional Bachok, di sini, malam ini.






