Home Buletin Semasa MARTABATKAN SEMULA PENINGGALAN TOK KENALI

MARTABATKAN SEMULA PENINGGALAN TOK KENALI

205
0

Oleh: Alini Nadhirah Ismail,Wartawan ImedikelTV

KOTA BHARU: Peninggalan Tok Kenali perlu dimartabatkan semula agar ia lebih dikenali serta dapat ditonjolkan di mata dunia.

Menurut calon PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Demit ,Kubang Kerian, Mohd Asri Mat Daud beliau sudah meneliti segala peninggalan Tok Kenali di sini.

“Saya pergi meneliti peninggalan khususnya tok kenali. Tok Kenali ini adalah  sosok yang dunia mengenalinya bahkan Tok Kenali ni dikenali, kalau orang Turki datang ke tempat kita, kita tak boleh persembahkan apa peninggalan Tok Kenali malu kita “katanya.

Beliau berkata, ia perlu dijadikan sebuah mercu serta dijadikan sebagai pusat persinggahan keilmuan serta beliau akan berbincang perkara berkenaan dengan mana-mana pihak untuk membangunkan institusi, khususnya institusi keilmuan.

“Jadi saya tengok perlu dijadikan mercu lah. Sebab itu saya pergi tengok ia dah ada pondok Tok Kenali semua sekali cuma ada pelajarnya dan bagaimana kekeluargaan Tok Kenali, saya lihat semuanya bahawa hasil-hasil yang dikeluarkan olehnya dahulu sebagai satu pusat kajian untuk pengurusan apa-apa perkara”, beliau berkata demikian ketika sidang media Perikatan Nasional  (PN) Negeri Kelantan, di sini, hari ini.

Menurut Mohd Asri beliau bukan sahaja menumpukan mercu ilmu di Tok Kenali sahaja malah mercu ilmu juga akan ditumpukan juga di bandar Diraja Muhammadi dan dijadikan sebagai pusat persinggahan ilmu bagi melahirkan masyarakat yang berilmu khususnya di Kubang Kerian.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here