Home Buletin Semasa SMK TANAH MERAH (1) JUARA SKETSA RUKUN NEGARA

SMK TANAH MERAH (1) JUARA SKETSA RUKUN NEGARA

217
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan Imedikel TV

PASIR PUTEH: Pelbagai sketsa dan sajak yang berkonsepkan 5 tonggak Rukun Negara sepanjang Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia bagi mengimarahkan dan menanam sifat patriotism dalam kalangan pelajar sekolah.

Sebanyak 9 buah sekolah mewakili setiap daerah di negeri ini berentap untuk menentukan sang juara.

Dalam pertandingan itu, SMK Tanah Merah (1) dinobatkan sebagai juara sketsa berkenaan yang bertemakan “Penghayatan Rukun Negara” dan akan bertanding di peringkat Kebangsaan.

Guru penasihat dan pengiringnya, Nor Syafiqa Nasran, berkata mereka tidak menjangka akan menang kerana peserta lain juga tidak kurang hebatnya.

“Alhamdulillah semua pelajar memang bersemangat dan komited walaupun kita berlatih kurang dua minggu, Alhamdulillah mmebuahkan hasil dan pelajar-pelajar kita yang sangat bersemangat,”katanya ketika ditemui pemberita selepas pengumuman Pertandingan Sketsa Rukun Negara 2023, Peringkat Negeri Kelantan, di SMK Dato’ Ismail, Pasir Puteh, di sini, semalam.

Sementara itu, pelajar sekolah berkenaan yang juga peserta sketsa, Muhammad Amir Danial Ismail berkata kerjasama daripada ahli pasukan yang sangat komited mungkin salah satu penyebab mereka dinobatkan sebagai juara.

“Perasaan saya hari ini agak bercampur baur sebabnya mula-mula kita rasa gementar masa pagi tu, tapi apabila dah naik atas pentas kita rasa biasa, dia lagi bercampur lah, tak sangka pun ada makan kita dah jangka pun ada. Jadi saya rasa gembira lah hari ini.

“Kerjasama daripada rakan-rakan sangat bagus sebab kalau ikutkan saya pun baru kenal mereka dalam tempoh seminggu. Jadi mereka memberi kerjasama yang sangat bagus,”katanya.

Muhammad Amir berkata peserta yang terlibat dari Tingkatan Dua hingga Tingkatan Lima.

Mereka memenangi wang tunai sebanyak RM2000, trofi dan sijil penghargaan.

Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Kelantan, Muhd Nor Aswadi Md Nor berkata program ini dilaksanakan bagi memupuk semangat cintakan negara di peringkat sekolah.

“Peringkat sekolah pada hari ini kita laksanakan program-program di 80 buah sekolah yang ada kelab Malaysiaku di mana kelab ini adalah kelab di bawah kelolaan Jabatan Penerangan dan Alhamdulillah SMK Dato’Ismail Pasir Puteh hari ini merupakan salah satu sekolah yang ada Kelab Malaysiaku dan kita sentiasa melaksanakan kerjasama strategik sama ada di peringkat Madani atau Kelab Malaysiaku untuk kita merealisasikan agenda perpaduan di peringkat masyarakat dan kita akan semai di peringkat bangku sekolah lagi,”katanya.

Program ini anjuranJaPen Kelantan bersama Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.

ImedikelTV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here