Home Buletin Semasa MAKANAN IKAN BERASASKAN HAMPAS KACANG SOYA

MAKANAN IKAN BERASASKAN HAMPAS KACANG SOYA

232
0

Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan ImedikelTV

BACHOK: Usaha pelajar jurusan Teknologi Pembangunan Produk dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dalam menginovasi hampas kacang soya menjadi produk makanan ikan adalah satu pencapaian yang sangat membanggakan.

Makanan ikan berasaskan hampas tersebut mampu mempercepatkan hormon tumbesaran kepada ikan.

Faheem Aqeel Mad Fadzil, 26, yang juga pelajar tahun empat universiti berkenaan, berkata hampas itu adalah bahan pertanian yang menjadi medium utama dalam pengeluaran produk palet makanan ikan.

“Kami menggunakan hampas kacang soya kerana ia merupakan salah satu cara pertanian yang boleh didapati dengan mudah dan murah namun hasilnya sangat bagus untuk mengawal ikan kerana mampu merangsang hormon tumbesaran ikan,” katanya kepada pemberita ketika Majlis Perasmian Inkubator Keusahawanan, Pusat Penyelidikan dan Hospital Pengajar Perubatan Veterinar UMK, di sini, baru-baru ini.

Katanya, penggalak pertumbuhan soya itu mempunyai kandungan protein tambahan yang diperlukan dalam makanan ikan.

Menurut Faheem, ikan yang diberi palet makanan berasaskan hampasan soya itu hanya mengambil masa empat bulan sahaja bagi proses tumbesaran.

“Kelebihannya adalah kita tidak menggunakan antibiotik ataupun ubat tambahan berbanding makanan ikan di luar sana yang ada sesetengah syarikat, mereka akan meletakkan antibiotik dan bahan kimia lain untuk tumbesaran ikan itu,” katanya.

Faheem berkata ikan yang diguna pakai untuk palet makanan itu adalah ikan talapia, ikan keli, ikan patin dan sebagainya.

Tambahnya, makanan ikan itu dijual dengan 20 kilogram (kg) per guni pada harga RM65.

Setakat ini, keuntungan jualan mereka sudah mencecah lebih kurang RM50,000 pada tahun lepas.

“Sekarang ini kita hanya fokus pada ikan sahaja, namun kalau ada bantuan mesin, kita akan fokus pada ruminan iaitu haiwan berkaki empat antaranya kambing, lembu dan lain-lain,” katanya.

Tambahnya, produk makanan ikan yang berinovasikan hampas kacang soya itu masih lagi dalam fasa baharu namun ia bakal memasuki pasaran ke negeri luar tidak lama lagi.

ImedikelTV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here