Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan Imedikel TV
TANAH MERAH: Perikatan Nasional (PN) memperkenalkan 18 tawaran untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) 15 kali ini.
Menurut Pengerusi PN Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, tawaran yang ditawarkan itu untuk kebajikan rakyat di negeri ini.
“Mengikut perubahan masa, kita tukar manifesto kepada program. Jadi InsyaAllah kita dah buat perbincangan dengan keupayaan kita berbanding sebelum ni dan akan datang InsyaAllah kita kemuka program ini untuk kebajikan rakyat Kelantan,”katanya kepada pemberita pada sidang media selepas Majlis Ceramah dan Pelancaran Program Perikatan Nasional (PN) “Kelantan Maju Rakyat Sejahtera”, di sini, malam tadi.

Beliau berkata, melalui program itu, antara perkara yang ditawarkan kepada rakyat selain pembangunan bekalan air bersih adalah pembangunan sosioekonomi; memajukan produktiviti pertanian, perluasan prasarana digital, kesukanan dan rekreasi, dan mengukuhkan hubungan antara kaum.
“Tumpuan kita sebenar pertama sekali kita nak menjadikan negeri Kelantan hub untuk. Kita tahu termasuk penternakan. Kita nak jadikan negeri kita yang boleh mengeluarkan penternakan yang baik. Dan yang kedua adalah kita nak menggunakan sebaik mungkin mineral yang ada pada kita. Kita nak bertukar daripada bahan ni daripada hutan contohnya kita nak mencari satu hasil baru melalui mineral sebab kita ada mineral,”katanya.

Katanya, apa yang ditawarkan akan dilaksanakan bukan hanya cakap kosong atau retorik semata tetapi akan dilaksanakan mengikut keupayaan.
Hadir sama Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Imedikel TV






