PASIR MAS: Silat adalah satu seni persembahan, permainan, pertunjukan atau tari tradisional yang lembut, unik dan menarik.
Terbukti ia memainkan peranan yang penting dalam memastikan budaya melayu tetap diwarisi di peringkat sejagat.
Team Imedikel TV berkesempatan membuat tinjauan dan menemu bual seorang pesilat jawi baru-baru ini.
Seorang pesilat, abdullah abdul kadir, 48, dari tumpat berkata silat adalah satu seni mempertahankan diri yang patut diperkenalkan kepada generasi muda sekarang.

“Silat jawi dia macam silat-silat lain juga haa asal dia dulu ada sepak, ada pukul.”katanya.
Abdullah yang juga seorang guru di sekolah bendang pa’yong tumpat berkata dia sudah mendalami ilmu pertahanan diri itu sejak berusia 15 tahun lagi.
Katanya, teknik membalas serangan dan menyerang menggunakan senjata seperti tikaman untuk menumbangkan lawan kini tidak lagi digunakan.
“Asal dia dulu ada sepak, ada tumbuk, ada siku cuma bila zaman penjajahan dulu biasanya penajajah ni dia tidak benar belajar benda benda yang dianggap boleh membahayakan dia membuatkan rakyat boleh memberontak jadi orang tua kita ubah cara permainan jadi sekadar menjatuhkan sahaja permainan.”katanya.
Katanya, generasi sekarang ramai yang memandang remeh terhadap ilmu silat sedangkan ia mempunyai pelbagai kelebihan.

Menurut abdullah, dia bersyukur kerana anaknya azhim abdullah, 15, berminat untuk mendalami ilmu mempertahankan diri ini.
Ini sekaligus bertujuan untuk menyambung warisan generasi lama di kelantan.
Abdullah berkata dengan ilmu itu, seseorang boleh menjaga agama kerana ia adalah salah satu cabang jihad dan dakwah.
Katanya, pantang larang dalam silat sama sebagaimana dalam agama termasuk mengawal kemarahan, taat kepada ibu bapa, guru dan lain-lain.
Menurutnya, seni mempertahankan diri menjadi satu fardhu ain ke atas seseorang.
“Belajarlah sebab nya kalau kita kata orang ada suami dia boleh keluar dengan suami, ada mak ayah boleh keluar dengan mak ayah tapi kalau jauh daripada mak ayah jauh daripada suami berlaku benda benda yang tidak diingini.
“Polis tak boleh datang dalam dua tiga saat susah tu, cari la apa apa sahaja pun kalua kata tak minat silat minat benda lain haa belajarlah sebab zaman loni ni zaman dia berubah banyak dah.”katanya.
Dia turut menasihatkan kepada anak gadis di luar sana agar menceburi apa sahaja ilmu mempertahankan diri memandangkan banyak kes yang tidak dijangka berlaku pada masa kini.
Abdullah berharap generasi muda mahupun kanak-kanak perlu diberi pendedahan awal tentang ilmu persilatan sekaligus menimbulkan minat dan secara tidak langsung dapat diwarisi dari zaman berzaman.
Imedikel TV






