Home Buletin Semasa MAJLIS PERASMIAN PAVILION MALAYSIA DI THAILAND FRANCHISE AND BUSSINESS OPPORTUNITIES 2023 (TFBO)

MAJLIS PERASMIAN PAVILION MALAYSIA DI THAILAND FRANCHISE AND BUSSINESS OPPORTUNITIES 2023 (TFBO)

267
0

BANGKOK: Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Azman Mohd Yusof, mengetuai delegasi Kementerian pada Lawatan Kerja Rasmi dan Majlis Perasmian Pavilion Malaysia di Thailand Franchise and Business Opportunity 2023 (TFBO), yang diadakan di Bangkok, Thailand bermula dari 13 – 16 Julai 2023.

Menurut kenyataan media, delegasi ini terdiri daripada pegawai daripada KPDN, Persatuan Francais Malaysia (MFA), dan sepuluh (10) jenama Malaysia iaitu Marrybrown, Kenny Rogers Roasters, US Pizza, Cleanpro Express, Deemcee, Global Art, UCMAS, HOME, Q-dees dan Little Caliph.

Beliau berkata misi yang dirancang di bawah Program Pengukuhan Francais bagi Meningkatkan Eksport (EFDP) berhasrat untuk menggalakkan pengembangan jenama Malaysia ke Thailand dan mencari pelabur berpotensi melalui program pemadanan perniagaan. Jenama Francais Malaysia telah berkembang sebagai identiti jenama terkemuka di seluruh dunia, dengan lebih daripada 68 jenama di 80 negara.

“Kementerian bekerjasama rapat dengan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Persatuan Francais Malaysia (MFA), dan pemain industri untuk mencapai sasaran dan menggandakan momentum,” katanya dalam majlis Perasmian Pavilion Malaysia di Bangkok International Trade and Exhibition Centre, Bangkok, Thailand.

Menurutnya Jenama Malaysia ini dijangka mencapai sasaran RM30 juta pelaburan di platform ini. TFBO yang merupakan acara tahunan di Bangkok menarik hampir 7,000 pelabur dari 36 negara di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Katanya, ia merupakan platform penting bagi industri francais Malaysia mengambil peluang ini untuk mempelbagaikan pelaburan francais 2 mereka di Thailand.

Hadir sama semasa majlis perasmian Pavilion Malaysia di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Bangkok, Bangkok, Thailand pada 13 Julai 2023, Duta Besar Malaysia ke Thailand, TYT Datuk Jojie Samuel. – Sumber KPDN –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here