Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan I Medikel TV
KOTA BHARU: Menurut peniaga minuman itu, zabidy abdul hadi, 53, dari jalan tok semian, di sini, dengan keunikan minuman tersebut yang dihasilkan adalah hasil inovasi daripada sejenis aiskrim.
“kalau sini satu je, kalau di sekolah kita boleh jual 5 jam sini 3 jam.
“Biasa 300 ke atas, sekitar bandar kota bharu masa pukul 10 lebih macam tu biasa ikut keadaan paling paling lambat pukul 2.30,”

Menurutnya, sudah 15 tahun minuman itu bertapak di sekitar bandar kota bharu namun ia mula tular sejak bulan lalu.
Katanya, minuman separuh masak atau dikenali sebagai minuman berkrim diinovasi mengikut kreativiti menggunakan campuran buah-buahan segar.
“Idea ni inovasi daripada aiskrim, asal pakcik buat aiskrim tapi sebab aiskrim jualan tak bagus jadi pakcik inovasi jadi slush,”

Zabidy berkata terdapat enam perisa minuman tersebut iaitu black forest, chocolate, oreo, strawberi, mangga, dan epal adalah produk yang paling laris di pasaran ketika ini.
Menurut zabidy jualannya sentiasa mendapat permintaan tinggi sehingga tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pelanggan.
“Dia lain pada produk lain pertama nya rasa macam aiskrim sebab aiskrim ni semua orang suka tapi masalah aiskrim ni minum tak hilang dahaga jadi pakcik buat untuk hilang dahaga sebab slush ni apabila kita minum dia hilang dahaga”
Zabidy berkata minuman penyejuk tekak yang diperkenalkan olehnya itu berbeza dengan aiskrim yang dijual di pasaran.

Katanya, bagi pengurusan penyediaan “sinfonia slush” itu turut dibantu isteri dan anaknya.
Seorang pelanggan yang ditemui, ahmad nur ramadhan rokman , 12, dari pantai cahaya bulan berkata minuman berkrim yang berperisa epal menjadi kegemarannya sejak dulu lagi.
“Sejak darjah 3 dah beli kalau balik lewat dia akan belanja,”
Seorang lagi pelanggan, fakhzan, 43, berkata dia sanggup datang daripada pasir mas untuk beratur bagi mencuba perisa baru minuman itu.
“Dulu rata dia menjaja di sekolah, tempat awam sekarang ni dia try duduk sini orang viral jadi ok perniagaan dia tu”
Menurut zabidy air minuman yang dijual bermula dari harga rm2 hingga rm5.
Katanya gerai jualan dibuka setiap hari ahad hingga khamis.
Imedikel TV






