ZURICH: Switzerland kehilangan khidmat pemain tengah, Granit Xhaka bagi dua aksi terakhir peringkat kumpulan Liga Negara-Negara menentang Slovenia dan Scotland selepas mengalami kecederaan betis, menurut Persatuan Bolasepak Switzerland (SFA).
Memetik laporan Reuters menerusi Berita Harian, pemain berusia 34 tahun itu sebelum ini kembali disenaraikan dalam skuad kendalian Murat Yakin selepas terlepas aksi menentang Scotland, Slovenia dan Macedonia Utara pada Oktober lalu.
Xhaka sebelum ini mengakui mendapatkan sijil vaksinasi COVID-19 palsu pada tahun 2022.
Bagaimanapun, Switzerland mengesahkan pemain yang sudah membuat 152 penampilan antarabangsa itu mengalami kecederaan dan tidak dapat beraksi dalam dua perlawanan akan datang.
Switzerland dijadual menentang Slovenia di Maribor, Sabtu ini sebelum menerima kunjungan Scotland di St Gallen, Selasa depan.
“Granit Xhaka terpaksa menarik diri daripada kem latihan skuad kebangsaan Switzerland akibat kecederaan betis,” menurut kenyataan pasukan. – REUTERS, BH Online –
IMedikel TV






