Home Buletin Semasa DSP LANGGAR MATI PELAJAR DIPENJARA: ‘APA SAJA HUKUMAN TIDAK KEMBALIKAN ANAK SAYA’...

DSP LANGGAR MATI PELAJAR DIPENJARA: ‘APA SAJA HUKUMAN TIDAK KEMBALIKAN ANAK SAYA’ – BAPA MANGSA

IPOH: “Saya sedar apa-apa hukuman yang dijatuhkan tidak akan mampu mengembalikan anak saya ke pangkuan keluarga.”

Memetik laporan Berita Harian, Demikian rintihan Muhd Zamrie Zainal Abidin, 58, bapa kepada Allahyarham Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, yang maut dilanggar pegawai kanan polis, Deputi Superintendan Mohd Nazri Abdul Razak, 47, tiga tahun lalu.

Zamrie berkata, tragedi yang memberi kesan mendalam terhadap dirinya dan keluarga itu bukan sahaja meragut nyawa anaknya, malah turut memadamkan harapan keluarga mereka pada masa hadapan.

“Anak saya masih muda dan mempunyai masa depan yang cerah. Pada usia itu, beliau sepatutnya diberi peluang untuk meneruskan kehidupan dan mengejar cita-cita untuk membina kerjaya serta menikmati masa depan bersama keluarga.

“Namun, segala harapan dan impian itu sudah terhenti akibat kejadian ini,” katanya ketika memberi penyataan impak mangsa di hadapan Hakim Datuk Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet di Mahkamah Tinggi Ipoh, di sini hari ini.

Beliau juga berharap insiden seperti ini menjadi pengajaran buat semua masyarakat mengenai pentingnya menghargai nyawa seseorang.

“Saya amat berharap kejadian ini menjadi perhatian yang sewajarnya supaya kehilangan nyawa seorang anak muda tidak dipandang ringan.

“Sehingga hari ini, saya dan keluarga masih berusaha untuk menerima hakikat anak yang kami besarkan dengan penuh kasih sayang sudah pergi buat selama-lamanya.

“Saya juga berharap kejadian ini menjadi pengajaran kepada orang awam mengenai betapa berharganya nyawa serta pentingnya setiap individu bertindak secara bertanggungjawab dan sentiasa berhati-hati supaya tidak membahayakan nyawa orang lain,” katanya.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhi hukuman penjara tujuh tahun enam bulan terhadap Mohd Nazri selepas tertuduh mengaku bersalah bagi pertuduhan pindaan menyebabkan kematian Muhammad Zaharif.

Tertuduh turut diperintah membayar pampasan kepada keluarga mangsa sebanyak RM50,000 dan jika gagal membayar, boleh dikenakan penjara satu tahun.

Pengakuan bersalah itu dibuat pegawai kanan polis terbabit selepas pertuduhan pindaan di bawah Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Datuk Bhupindar Singh. – BH ONline –

IMedikelTV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here