Home Luar Negara LINA JADI IBU TERMUDA PADA USIA LIMA TAHUN

LINA JADI IBU TERMUDA PADA USIA LIMA TAHUN

324
0

LIMA: Ketika kanak-kanak seusia masih meneroka dunia, Lina Medina yang berusia lima tahun melahirkan bayi lelaki sekali gus ibu termuda dunia.

Kanak-kanak itu mengejutkan dunia kerana hamil pada usia belum mencapai akil baligh atau istilah perubatan akil baligh pramatang, pada 1939.

Daily Star melaporkan, pada mulanya ibu bapanya menyangka Lina mengalami tumor kerana perutnya semakin membuncit, namun pemeriksaan lanjut doktor mendapati dia hamil tujuh bulan.

Rupanya, kanak-kanak yang tinggal di perkampungan Andes, Peru itu dirogol.

Sehingga kini, tiada siapa mengetahui siapa merogol kanak-kanak itu, biarpun bapanya sendiri pernah ditahan kerana disyaki melakukan perbuatan sumbang mahram itu, namun dia dibebaskan kerana kekurangan bukti.

Lina menjalani kehidupan seperti orang lain, namun tidak terbuka berkongsi ceritanya kepada awam.

Lina kemudiannya melahirkan anak kedua kira-kira 34 tahun kemudian bersama suaminya Raul.

Menurut Telegraph India, dia tinggal di rumah sempit di daerah miskin dan penuh jenayah di Peru.

Tidak jelas sama ada Lina masih hidup tetapi usianya kini dianggarkan mencecah 89 tahun dan masih kekal sebagai orang termuda yang pernah melahirkan anak.

Anak lelaki pertama Lina, Gerardo dikatakan hidup sehingga umurnya 40 tahun sebelum meninggal dunia akibat penyakit tulang pada tahun 1979.

Menurut laporan, dia tidak diberitahu Lina adalah ibunya sehingga dia berusia 10 tahun kerana sebelum ini percaya itu kakaknya.

Sumber: HMetro Online & AGENSI

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here